Thursday, April 13, 2017

Jamuan Kesyukuran PPDa

Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa-jasa para Sahabat PPDa serta murid-murid yang terlibat dengan perbarisan dan persembahan semasa Majlis Penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan minggu lepas, satu majlis jamuan kesyukuran telah diadakan di kantin sekolah. Jamuan tajaan pihak sekolah itu dimulakan dengan ucapan Guru Besar serta bacaan doa sebelum murid-murid menikmati hidangan ringkas chicken chop dan milo ais. Semoga murid-murid yang diraikan ini seronok dan gembira dengan juadah yang disediakan. Diharapkan usaha dan kerja keras murid-murid serta semua pihak akan berbalas dengan sebuah kejayaan yang kita impi-impikan. Amiin..
"Kita Cemerlang Tanpa DARVIH"

Gembira







Terima kasih atas sumbangan kek

No comments:

Post a Comment