Tuesday, April 18, 2017

Tahniah Boling SKTPP Tempat Ke-3 MSSD 2017

Tahniah buat pasukan boling lelaki SKTPP yang telah berjaya mendapat Tempat Ke-3 di belakang SK KLIA dan SK Cyberjaya dalam Kejohanan Boling MSSD Sepang yang berlangsung di Dream Bowl, Kompleks Sukan Nilai. Sebagai pasukan yang baru ditubuhkan pencapaian ini sangat membanggakan sekolah. Lebih menggembirakan lagi apabila 2 pemain sekolah iaitu Aiman Harith bin Azizul Syahril dan Adib Azrai Hakimi bin Mohd. Zaini telah berjaya mendapat tempat ke-5 dan 6 dan seterusnya akan disaring semula untuk pemilihan pasukan daerah. Syabas juga buat Luth Fil bin Radzuan dan Muhammad Musyrif Hfy bin Muhaimi. Kalian membanggakan sekolah.
   Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan buat ibu salah seorang pemain iaitu Pn. Zarina yang telah menyumbang pakaian kepada para pemain. Semoga dimurahkan rezeki Puan Zarina sekeluarga. Adalah diharapkan sukan boling SKTPP akan lebih berjaya pada masa depan hasil kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah.

SKTPP : Tempat Ke-3 MSSD



Congrats Aiman!

No comments:

Post a Comment