Monday, April 17, 2017

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2017

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, perkhemahan perdana unit beruniform anjuran Unit Kokurikulum SKTPP selama 3 hari 2 malam iaitu pada 14 hingga 16 April 2017 telah berjalan dengan lancar. Pemilihan tempat yang agak jauh pada kali ini sangat mengujakan semua peserta iaitu di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.  

Warga sekolah SKTPP (SK Taman Putra Perdana) yang terdiri daripada guru-guru pengiring (10 orang) dan murid-murid (Tahun 4, 5 dan 6) seramai 80 orang telah berkumpul pada awal pagi hari Jumaat 14 April 2017 di pondok pengawal, pintu pagar A. Bas yang dinaiki disewa khas oleh unit kokurikulum SKTPP. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam itu tidak terasa dek kerana semua murid dan guru menikmati permandangan yang indah sepanjang laluan ke sana. Sampai di sana 7 orang fasilitator Kem Lambaian Danau telah siap sedia menunggu rombongan daripada SKTPP.  

Semua 5 unit beruniform yang ada di sekolah termasuk murid-murid PPKI telah mengikuti perkhemahan dengan penyertaan yang sangat positif daripada peserta. Unit-unit beruniform yang terlibat ialah: 

1. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) - 16 org
2. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) - 19 org
3. Pandu Puteri Tunas  (PPT) - 19 org
4. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) - 12 org
5. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) - 11 org
6. Pengakap PPKI - 3 org

" Buku Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform"

Hari Pertama, 14hb April 2017

Sebelum berangkat ke Jasin, Melaka, semua peserta dan guru-guru diberikan taklimat dan penerangan terlebih dahulu oleh PK Kokurikulum iaitu Encik Shahrizal bin Ya'am serta kata-kata semangat daripada Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. Gandingan mantap AJK Pelaksana yang terdiri daripada guru-guru SKTPP  pada kali ini berdasarkan pengalaman yang luas dalam mengendalikan perkhemahan tahun sebelumnya. Daripada riak wajah semua peserta, terserlah kegembiraan serta keterujaan mereka. Alhamdulillah perjalanan ke sana sangat mudah dan mereka selamat sampai di Kem Lambaian Danau tepat jam 3.50 petang. Selepas itu mereka mendirikan khemah di kawasan yang telah ditetapkan. Aktiviti pada hari pertama iaitu "Water Confidence" diteruskan seusai minum petang dan solat asar. Selepas makan malam dan solat, aktiviti seterusnya ialah "Ice Breaking" dan "Night Walk". Selesai hari pertama, walaupun ia memenatkan para peserta, sebelum tidur sudah pasti mereka akan memikirkan apa pula aktiviti yang menarik untuk hari esoknya sambil bertemankan pelbagai bunyi alam semulajadi. 

Encik Shahrizal bin Ya'am berucap sebelum peserta-peserta berangkat ke Melaka.

Kata -kata nasihat daripada GB Puan Rohaidah binti Mohd Ali.

Peserta-peserta beratur menunggu giliran menaiki bas.

Taklimat ringkas oleh Cikgu Ahmad Musrizuan bin Daud.

Hamper -hamper / hadiah-hadiah yang akan dibawa bersama.

Puan Guru Besar mengiringi semua peserta berangkat ke Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.

Bas yang selesa sedia menunggu.

"Sebelum mendirikan khemah ...Kami Benci DARVIH"

Sesi mendirikan khemah oleh peserta-peserta lelaki.

Sesi mendirikan khemah oleh peserta-peserta lelaki.

Sesi mendirikan khemah oleh peserta-peserta PPKI. 

Sesi mendirikan khemah oleh peserta-ppeserta lelaki dibantu oleh Fasilitator Kem.

Seusai solat berjemaah.

Taklimat ringkas aktiviti seterusnya.

Bekalan air minuman sepanjang perkhemahan...yeayyyy!!!

Aktiviti pertama , "Water Confidence". Cikgu-cikgu fasilitator begitu bersemangat!



Aktiviti pertama , "Water Confidence".

Bulatan  "Water Confidence".

Mereka berjaya membina keyakinan diri melalui aktiviti air seperti ini.


Hari Kedua, 15hb April 2017


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk hari kedua lebih padat dan mencabar. Pagi itu, fasilitator sempat meninjau mengelilingi kawasan kem dengan menunggang basikal. Taklimat ringkas dimulakan bagi aktiviti pagi iaitu "Jungle Trekking" dan "Obstacle Run" serta aktiviti petang iaitu "Bina Rakit", "Rakit Race" & "Terjunan Bebas". Pihak urusetia sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kunjungan Guru Besar SKTPP bersama keluarga beliau, Puan Rohaidah binti Mohd Ali ke Kem Lambaian Danau. Kebetulan pada waktu itu semua peserta sedang melakukan aktiviti air dan membina rakit untuk perlumbaan berkumpulan. Daripada gambar-gambar di bawah jelas tergambar kegembiraan dan kepuasan peserta-peserta, para guru serta fasilitator yang terlibat. Suasana hijau alam semula jadi mampu meredakan stres dan tekanan seharian. Hari kedua di kem dapat dihabiskan dengan jayanya. Kenangan indah pasti terpahat di hati semua peserta yang mengikuti perkhemahan pada tahun ini. 

Guru-guru (Cikgu Norhayati, Cikgu Norinna, Teacher Azura, Cikgu Musrizuan dan Cikgu Rusydan) berbasikal seawal pagi meronda kawasan kem.

"Apabila cikgu-cikgu berswafoto (Cikgu Norhayati, Cikgu Arjunawati, Ustaz Zunaidi dan Cikgu Musrizuan)... aktiviti Jungle Trekking"









"Aktiviti Jungle Trekking"

"Apabila cikgu-cikgu berswafoto (Cikgu Arjunawati, Cikgu Norinna, Teacher Azura dan Cikgu Musrizuan)... aktiviti Jungle Trekking"

"Apabila cikgu - cikgu berswafoto (Cikgu Hasliza, Ustaz Zunaidi, Cikgu Norinna, Teacher Azura, Cikgu Musrizuan, Cikgu Rushdan dan Cikgu Arjunawati)... aktiviti Jungle Trekking"

"Apabila cikgu - cikgu berswafoto (Cikgu Arjunawati, Cikgu Norinna, Cikgu Rushdan, Cikgu Norhayati, Cikgu Hasliza dan Cikgu Musrizuan)... aktiviti Jungle Trekking"

"Apabila cikgu - cikgu berswafoto (Cikgu Norhayati, Cikgu Hasliza, Ustaz Zunaidi, Cikgu Arjunawati Cikgu Norinna, Teacher Azura dan Cikgu Musrizuan)... aktiviti Jungle Trekking"

"Aktiviti Obstacle Run - Halangan Berair dimulakan oleh Cikgu Musrizuan."







"Aktiviti Obstacle Run - Halangan Berair"

"Selesai aktiviti bergambar kenangan bersama fasilitator dan peserta"

"Selesai aktiviti bergambar kenangan oleh peserta-peserta PPKI"

"Yeayyyy...kami berjaya!!!, selesai aktiviti pagi - Jungle Trekking."

Taklimat ringkas sebelum aktiviti petang bermula.

Aktiviti Bina Rakit oleh para peserta.



Rakit-rakit telah siap sedia untuk Rakit Race. 

Para peserta menunggu masa yang sesuai untuk memulakan perlumbaan.



Rakit-rakit telah siap sedia untuk Rakit Race.


Jom!!! 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian."



Betapa gembira dan terujanya mereka.

Yes!!! We did it. Yeayy.

"Kami bersama-sama, kami berkerjasama."

"Rakit Race"

Guru-guru berswafoto (Cikgu Norhayati, Cikgu Arjunawati, Cikgu Junaidah, Cikgu Rusydan, Cikgu Rosalinda, Cikgu Musrizuan, Cikgu Norinna, Ustaz Zunaidi dan Teacher Azura), aktiviti berkayak oleh fasilitator SKTPP. 

Cikgu Tarmiji dan Ustaz Zunaidi berswafoto "Kami Benci DARVIH", aktiviti berkayak oleh fasilitator SKTPP. 


Puan Guru Besar bersama keluarga bergambar kenangan di Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka.

Peserta selamat tiba dan disambut oleh Puan Rohaidah (Guru Besar).

Puan Guru Besar bersama Cikgu Rusydan dan Cikgu Norhayati.

Puan Guru Besar bersama keluarga bergambar dengan Cikgu Junaidah, Cikgu Norhayati, Cikgu Arjunawati dan Cikgu Rosalinda.

Guru-guru berswafoto selepas aktiviti berkayak tadi (Cikgu Norhayati, Cikgu Arjunawati, Cikgu Rosalinda, Teacher Azura dan Cikgu Norinna).





"Aktiviti terjunan bebas ke dalam air, membina keyakinan diri."

Puan Guru Besar bergambar kenangan.

Kem Lambaian Danau, sesuai dengan namanya.
"Suasana tenang dan cantik bagaikan menyambut kedatangan serta melambai-melambai kepulangan sesiapa sahaja yang pernah tiba di situ."

Hari Ketiga, 16hb April 2017


Selepas bersarapan pagi pada hari terakhir, masih berbaki 1 aktiviti lagi iaitu "War Game". Ia adalah salah satu latihan membina keyakinan diri tetapi jika boleh dihuraikan dengan lebih terperinci : apabila berada di dalam peperangan ada pepatah menyatakan "Samada anda membunuh atau anda terbunuh". Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam peperangan akan ada yang menang dan yang tewas. Strategi dan perancangan rapi serta semangat kerjasama harus digunakan semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh atau tewas di dalam peperangan. 
Aktiviti ini sangat bagus untuk membina semangat kerjasama dalam pasukan, perancangan strategi yang baik serta kepimpinan dan juga cara berkomunikasi dengan jelas. Selesai aktiviti, mereka membersihkan diri, mengemas tempat perkhemahan dan makan tengah hari. Majlis penutupan dan penyampaian sijil diadakan sebelum meninggalkan kem. Semua peserta dan fasilitator-fasilitator bergambar kenangan di dewan terbuka. Tepat jam 3.00 petang mereka bertolak pulang ke SKTPP bersama-sama kenangan indah sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau, Kg. Chin Chin, Jasin, Melaka.







"War Game - Perang Lumpur"

"War Game - Perang Lumpur, Fasilitator sedang memberi arahan."

"War Game - Perang Lumpur, Fasilitator dari Kem Lambaian Danau"

Mula-mula geli lama-lama seronok

"War Game - Perang Lumpur" yang sangat menarik

"Anda merasa cemas atau gembira?"

Happy!!!

Berlumpur sudah!

Bila lagi nak main lumpur?

"War Game - Perang Lumpur"

"Peace No War !!!"

" Adakah mereka tahanan perang? "

"Misi tercapai, semua terselamat!"

Guru-guru SKTPP bersama 7 orang fasilitator Kem Lambaian Danau bergambar kenangan bersama PK Kokukurilum Encik Shahrizal bin Ya'am di Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.

 Semua peserta, fasilitator-fasilitator dan Encik Shahrizal bergambar kenangan sebelum bertolak pulang ke SKTPP.
Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh kami menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang, 
Boleh kita berjumpa lagi ...

Sekian, terima kasih. Jom saksikan video sepanjang perkhemahan....


No comments:

Post a Comment