Tuesday, April 4, 2017

Pelancaran Program Klinik Linus dan Mentor Mentee 2017

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Majlis Pelancaran Program Klinik Linus dan Mentor Mentee 2017 dapat disempurnakan dengan jayanya.  

Program Klinik Linus dan Mentor Mentee merupakan sebahagian daripada program tahunan Jawatankuasa Pemulihan dengan Kerjasama Jawatankuasa LINUS dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.  Program ini merupakan antara usaha guru-guru pemulihan dan LINUS dalam memberikan bimbingan berterusan secara ekslusif kepada murid-murid terpilih yang terdiri daripada murid-murid LINUS yang masih lemah penguasaan LITERASI mereka.

Diharapkan usaha ini mendapat respon dan kerjasama yang baik daripada semua pihak terutama para ibu bapa, guru-guru dan juga murid-murid khasnya.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.


 Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah Mohd Ali bersama Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah Ahmad  



Penyerahan modul kepada guru-guru yang terlibat

  

No comments:

Post a Comment