Thursday, April 13, 2017

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2017

 Pada 13 April 2017 telah diadakan pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) di tapak perhimpunan bagi sesi pagi dan di Dewan Perdana bagi sesi petang. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SKTPP untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. 

   Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia agar suka membaca. Selain itu ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu 13hb - 14 April 2017. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program ini. Antaranya aktiviti mewarna, bengkel penulisan dan jualan buku bersama Book Truck PTS.

     Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SKTPP. Diharap pada masa akan datang, lebih banyak aktiviti yang lebih menarik akan dirancang bagi meningkatkan penglibatan  semua warga sekolah untuk membaca pelbagai bahan bacaan demi melahirkan generasi yang cintakan ilmu.

Antara paparan yang dapat dikongsikan bersama semasa program ini dijalankan.

Sesi Pagi

Banting yang memaparkan  Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)

 Ustaz Zurilazman bin Abdullah sedang membacakan doa

Puan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian

Gimik pelancaran telah sempurna


Bergambar dengan simbolik SKTPP Benci DARVIH  

Pelancaran sesi petang

Puan Hajah Rohaidah diiringi Puan Jumilah menyempurnakan gimik pelancaran


Gimik pelancaran yang disediakan

Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar                                                      
Puan Arnny Yusnita selaku pengerusi majlis memberi ucapan


Aktiviti Mewarna tahap 1 di Pusat Sumber

No comments:

Post a Comment