... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, April 11, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-14 (Sesi Petang)

Tarikh: 10 April 2017
Masa : 1.20 – 1.50  petang
Guru Bertugas :
1.          Pn. Azizah Binti Abd. Hamid
2.          Pn. Hasliza Binti Said
3.          Pn. Salina Binti Mohd Tasu
4.          Pn. Ranjiny Rajah
5.          En. Muhammad Saifol Bin Ngabiah

Laporan Perhimpunan:
Perhimpunan sekolah dapat dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan  adalah seperti berikut:
1.      Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2.      Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
3.      Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn. Salina Bt Mohd Tasu dan Ikrar oleh Nur Hasya Sofea Zuraidi.
4.      Laporan guru bertugas minggu lepas Pn. Maizara Binti Mahat.
  • ·         Ucapan tahniah kepada semua murid yang berdisiplin yang baik terutamanya pada hari pelawat hadir ke sekolah.
  • ·         Mengingatkan murid agar menutup kipas semasa rehat dan bilik-bilik khas selepas menggunakannya.
  • ·         Murid juga selalu meninggalkan sampah di dewan. Makanan yang ada plastik harus dibuang ke dalam tong sampah.
 Keceriaan Kelas
Tahun 1 :Pertama Ibnu Bajah: Ke- 2 Al-Biruni : Ke-3  Ibnu Khaldun
Tahun 2 :Pertama Jujur : Ke-2 Dedikasi : Ke-3 Arif
Tahun 3: Pertama Vanadium : Ke- 2 Titanium : Ke-3 Kuprum
               
5.  Ucapan guru bertugas oleh Pn.Salina Binti Mohd Tasu
  • Tema : Kepentingan Sarapan
Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Antara kebaikan dan kepentingan sarapan.
I)  Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum
Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mod berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.
ii) Mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini menyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.
iii) Membekalkan tenaga
Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.

Perkataan Lawad
BM-Merobohkan
BI-Classroom
BA-Kursiyun

Ucapan Pentadbir : (PK Petang Pn.Jumilah Binti Ahmad)

  • ·         Mengingatkan murid supaya melunaskan Sumbangan PIBG dengan segera dan jangan ditangguhkan terlalu lama.
  • ·          Mengingatkan murid-murid  supaya sentiasa menjaga kelakuan dan adab sesama  rakan dan guru. Jangan berlari-lari ketika keluar kelas kerana masalah kecederaan sering berlaku sama ada ditolak atau jatuh sendiri.
  • ·         Mengingatkan supaya apabila keluar daripada kelas wajib memakai pas keluar
Barisan guru bertugas minggu ini.

Ucapan guru bertugas pada minggu ini Pn.Salina Bt Mohd Tasu.

Bacaan ikrar oleh adik Nur Hasya Sofea.

Pemenang keceriaan kelas.

No comments:

Post a Comment