Friday, April 14, 2017

Majlis Pelancaran Program The Champion 2017

Pada 14 April 2017, program The Champion 2017 telah dilancarkan oleh Pn Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Program ini dicetuskan oleh mantan Pengarah Pendidikan Selangor, Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor bertujuan untuk melonjakkan pencapaian Selangor dalam bidang akademik.

Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dijalankan di SKTPP. Seramai 34 orang daripada 278 orang murid Tahun 6 (12.2%) terpilih untuk menyertai program ini. Mereka dipilih berdasarkan keputusan cemerlang semasa PKSR 1 2017 yang diduduki baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, Guru Besar memberi kata-kata semangat kepada murid-murid dan mengingatkan mereka bahawa kunci kejayaaan berada di tangan mereka. Mereka perlu berusaha kerana kejayaan bukan senang untuk dicapai. Bak kata pepatah, yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis pelancaran.

Cikgu Rosalinda Mempengerusikan Majlis

Ustaz Mahadir Membacakan Doa

Guru Besar Melancarkan Program The Champion 2017

Guru Besar dan Penolong Kanan SKTPP

Guru Terlibat Bersedia Dengan Cenderamata Untuk 'The Champion'

Antara Murid Perempuan yang Terpilih

Antara Murid Lelaki yang Terpilih

'The Champion' Benci DARVIH

Disediakan oleh :
Norliza binti Ali @ Yasim
Norinna binti Mohamed

No comments:

Post a Comment