... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, April 18, 2017

Tahniah Penerima APC SKTPP 2016

Alhamdulillah tahniah buat para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 yang telah menerima APC masing-masing di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Majlis yang gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor; Tn. Shashim Shah. Semua Pengetua dan Guru Besar telah dijemput untuk merai para guru / staf dan memeriahkan majlis.
   Semoga guru-guru dan staf yang diraikan hari ini akan meneruskan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberi. Adalah diharapkan juga agar penganugerahan ini akan memberi dorongan kepada guru-guru dan staf yang lain untuk mengikut jejak langkah kecemerlangan yang ada pada kalian.
   Senarai penerima APC 2016 :
1. Pn. Nazahiyah
2. En. Wan Roswandy
3. Pn. Jumilah
4. En. Hafiz
5. Ustaz Mahadir
6. Pn. Hanizawati
7. Pn. Visva
8. Ustaz Zunaidi
9. Pn. Nora Sabihi
10. Pn. Norsiah
11. Pn. Zabedah
(Pn. Nazahiyah, Pn. Nora dan Pn. Visva tidak hadir kerana masih cuti bersalin)
Syabas dan sekali lagi tahniah!!























No comments:

Post a Comment