Monday, April 17, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

Tarikh  :  17 April 2017
Masa   :  1.20 - 1.50 petang
Guru Bertugas :
    1. En. Noorhisham b Mohd Nor  (K)
    2. Pn. Salmi bt Adnan
 

    3. Pn. Azura Farina bt Abdullah
    4. Pn. Saadiah bt Busrah
    5. Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman (Cuti bersalin)
    6. Pn. Nor Holwani bt Yahaya

  Agenda Perhimpunan:
1- Perhimpunan sekolah berjalan seperti biasa. Perhimpunan dipengerusikan oleh En. Noor Hisyam.
2- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Salmi bt Amir.
3- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh En. Noorhisyam dan Ikrar Murid oleh Adik Nur Hasya Sofea.

Bacaan Ikrar
 

  4- Laporan guru bertugas minggu ke-14  (Ustaz Saiffol)
  • Peringatan kepada murid yang menyorok kasut sekolah kawan ketika menunaikan solat di surau. Gurauan kasar ini mestilah dihentikan kerana menyusahkan semua orang.
  • Teguran kepada murid-murid agar tidak bermain-main di dalam surau. Kebenaran keluar kelas untuk menunaikan solat mestilah digunakan sebaik-baiknya  

  • Laporan guru bertugas minggu ke -14
      Keceriaan kelas
  • Tahun 1          1) 1 Ibnu Bajjah   2) 1 Al Biruni        3) 1 Ibnu Khaldun
  • Tahun 2          1)  2 Intelek         2) 2 Jujur              3) 2 Arif
  • Tahun 3          1)  3 Vanadium    2) 3 Magnesium   3) 3 Kuprum
      
Tahniah kepada semua pemenang keceriaan kelas.


   5- Ucapan Guru bertugas Mingguan minggu ke-15 (En Noorhisyam)
     Tema : Pengenalan ASEAN (Negara-negara ASEAN)
  • ASEAN singkatan bagi 'Association of Southeast Asian Nations' atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Ianya ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok.   Ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara 
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar.
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.
  • Menolak penggunaan ketenteraan. 
  • Kerjasama efektif antara anggota.
  •  Bahasa yang digunakan dalam pertemuan ASEAN ialah Bahasa Inggeris
  • Lagu ASEAN ialah “The ASEAN Way” yang diciptakan oleh Payom Valaiphatchra.

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:
6- Ucapan Pentadbir: Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang)
  • Ingatan bayaran PIBG perlu dijelaskan.
  • Peringatan pemakaian pas keluar kelas adalah wajib.
  • Galakkan murid menunaikan solat.
  • Peringatan murid dilarang membeli makanan yang dijual di luar dari kawasan sekolah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Peringatan kepada murid yang berambut panjang agar mereka dapat memotong rambut supaya kemas.
  • Peringatan berlari-lari di kawasan sekolah mengundang bahaya.
Sebahagian murid sesi petang di Dewan Perdana
Ucapan Penolong Kanan Petang
  • Perhimpunan rasmi tamat pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Pn. Nor Holwani bt Yahaya.

No comments:

Post a Comment