Thursday, April 6, 2017

Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017

Akhirnya tibalah masa dan ketika yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan 2017. Selaku wakil Negeri Selangor, warga SKTPP telah melakukan yang terbaik dari segi sambutan, persembahan, layanan dan seterusnya fizikal bilik sumber yang akan dinilai oleh para hakim.
   Terima kasih buat panel hakim serta para jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis. Antara ketua jabatan dan wakil yang hadir termasuklah PDRM, kastam, AADK, Pemadam, syarikat keselamatan dan ikon PPDa - Amir. Tahniah buat semua murid khususnya para Sahabat PPDa, guru-guru, kakitangan, AJK PIBG serta seluruh komuniti setempat yang telah memberi kerjasama yang padu dalam majlis penarafan ini. Alhamdulillah dipermudahkanNya segala urusan kita sehingga segalanya berjalan lancar dan mantap. Semoga ada rezeki kita untuk menjadi juara.. Amiin....













No comments:

Post a Comment