Monday, April 17, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Tarikh  :  17 April 2017
Masa   :  7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
    1. Pn Norzainon bt Razalli  (K)
    2. En Hafiz b Md Noor
    3. Pn Jamilah bt Mohd Yusof
    4. Pn Safinatunajakh bt Mat Som
    5. Pn Wan Rosmawati bt Wan Ibrahim
    6. Pn Zuraini bt Ismail
    7. Pn Norsiah bt Mohd Noor

  Agenda Perhimpunan:
1- Perhimpunan sekolah berjalan seperti biasa. Perhimpunan dipengerusikan oleh Adik Amirah Qistina bt Azmi.
2- Bacaan doa oleh Adik Muhammad Nur Rusyaidi b Bakri.
3- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Adik Shafiqah Majidah bt Bachok @ Mohd Tahir.
4- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh Pn Norzainon bt Razalli dan Ikrar Murid oleh Adik Hanis Nabilah bt Hairul.

5. Laporan Guru Bertugas minggu ke-14  (Ustaz Zunaidi b Jinalabin)
  • Peringatan kepada semua murid sekiranya sakit dari rumah, tidak perlu hadir ke sekolah.
  • Aktiviti yang berlaku sepanjang minggu iaitu Pameran buku PTS, Program Champion bagi murid tahun 6, Perkhemahan Perdana pada 14/4/2017 - 16/4/2017 di Kem Lambaian Danau, Melaka
  • Mengingatkan supaya murid mengambil peluang untuk membaca semasa program membaca dijalankan. Beliau menegur murid-murid yang bermain di dalam book truck.
  • Keceriaan kelas : 
          Kelas PPKI : Tempat pertama : Archery,    Ke-2 :  Aquatic,      Ke-3 : Soccer
          Kelas Tahun 4 : Tempat pertama : Kompang,      Ke-2 : Rebana,       Ke-3: Nafiri
          Kelas Tahun 5 : Tempat pertama : Respiratori,    Ke-2 : surgeri,       Ke-3: Patologi
          Kelas Tahun 6 : Tempat pertama : Zuhrah,         Ke-2 : Pluto           Ke-3: Uranus


6. Ucapan Guru bertugas Mingguan minggu ke-15 (Ustazah Norzainon bt Razalli)
  •  Tema : Pengenalan Asia (Negara-negara ASEAN)
  • ASEAN singkatan bagi 'Association of Southeast Asian Nations' atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Ianya ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok yang melibatkan 5 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Perjanjian ini dinamakan Deklarasi Bangkok. Kemudian disusuli Negara Brunei pada 8 Januari 1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos, Kemboja dan Myanmar pada 23 Julai 1997. Kemudian, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun begitu, pada 30 April 1999 Kemboja menyertai semula ASEAN
  • Tujuan penubuhan ASEAN ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau. 
  • Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut :
  1. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara.
  2. Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion
  3. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  4. Menolak penggunaan ketenteraan
  5. Kerjasama efektif antara anggota.  
7. Penyampaian sijil kepada 4 orang ahli Pandu Tunas Puteri yang telah berjaya menerima sijil dan lencana calit emas dalam perkhemahan di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang Sepang pada 6/4/2017 - 8/4/2017. Penyampaian sijil disampaikan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali dan diiringi oleh En Shahrizal b Ya'am. Senarai penerima tersebut ialah :
  1. Liyana Nabila bt Md Lajis  (5 Pediatrik)
  2. Marea Khadija bt Mohamed Irwan  (5 Surgeri)
  3. Amirah Syadiyah bt Samsuri  (4 Tabla)
  4. Nur Alya Syuhanis bt Shahrizan  (4 Tabla)

8. Penyampaian sijil dan hadiah kepada setiap wakil unit beruniform bagi program perkhemahan perdana yang diadakan pada 14/4/2017 - 16/4/2017 yang lalu di Kem Lambaian Danau, Melaka. Sijil dan hadiah disampaikan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali dengan diiringi oleh En Sharizal b Ya'am.


9. Ucapan Pentadbir : Pn Norhamizah bt Hamzah (PK PPKI)
  • Mengumumkan program yang akan berjalan sepanjang minggu 
          - 17/4/2017 - Kejohanan Boling Tenpin MSSD PPKI di Dream Bowl, Nilai.
          - 18/4/2017 - Kejohanan Boling Tenpin MSSD di Dream Bowl, Nilai
  • Ucapan terima kasih dan tahniah kepada murid yang menyertai pertandingan catur pada 12/4/2017 - 13/4/2017 di Dewan SMK Dato' Abu Bakar Baginda. 
  • Memaklumkan edaran flyers FTA Football Program. Latihan secara percuma akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad (22/4/2017 dan 23/4/2017) di padang SK Taman Putra Perdana. Sesiapa yang berminat boleh hadir.
Disediakan oleh :
Safinatunajakh bt Mat Som

No comments:

Post a Comment