Monday, April 24, 2017

Latihan Bola Sepak Bersama FTA

Pihak Football Talent Asia (FTA) telah mengadakan sesi free trial latihan bolasepak kepada murid-murid yang berminat di padang SKTPP selama 2 jam pada pukul 4.00 - 6.00 petang pada 22 dan 23 April 2017.

Hari pertama : 22.4.2017 (Sabtu)
Sambutan pada hari pertama agak menggalakkan. Hari ini seramai 53 orang murid telah hadir. Semua berjalan lancar dan cuaca pun baik.
   Menurut coach Massimo murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Terdapat juga pemain perempuan yang menjalani latihan. Tahniah buat semua murid dan ibu bapa yang memberi sokongan. Semoga sukan bola sepak sekolah kita akan bertambah maju hasil bimbingan para jurulatih profesional melalui akademi yang disertai oleh anak-anak murid...










Player perempuan yang berbakat

Hari Kedua : 23.4.2017 (Ahad)
Sambutan hari ke-2 juga memberangsangkan. Kehadiran : 47 orang murid. 20% daripadanya adalah mereka yang tidak dapat hadir pada hari Sabtu...


















From left:
Coach Johary, Massimo, Ramesh, Jon & Scott

Menurut pihak FTA, secara keseluruhan sambutan sangat baik dan pihak FTA telah menerima pengesahan pendaftaran sebanyak 15 orang pelajar setakat semalam. Insya Allah akan ada lebih ramai yang akan mendaftar dalam tempoh terdekat ini. Dari pemerhatian pengurus FTA; Dato' Johari dan Coach Massimo, hampir keseluruhan pelajar yang hadir ini mempunyai bakat dan kualiti masing-masing. Tahap disiplin dan mendengar arahan juga sangat hebat. Sepanjang tempoh 2 hari tersebut tiada seorang pelajar pun meninggalkan atau keluar dari formasi latihan yang telah dibentuk. Tahniah! 
   Pihak FTA sangat berharap dapat terus bersama anak-anak ini kerana mereka mempunyai potensi yang terbaik untuk masa depan bolasepak. Mereka mengucapkan terima kasih pada pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam sesi latihan ini. Mereka memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang telah dilakukan dan sangat mengharapkan maklumbalas supaya kualiti program dapat ditingkatkan.
   Murid-murid dan ibubapa yang berminat boleh menyerahkan borang pendaftaran tanpa sebarang pembayaran ke pejabat sekolah pada hari persekolahan. Mengikut perancangan, program akademi FTA dan SKTPP akan diteruskan pada minggu berikutnya iaitu 29 dan 30 April 2017 pada waktu dan tempat yang sama....

No comments:

Post a Comment