Monday, April 3, 2017

Majlis Perasmian Highly Immersive Programme (HIP)

Pada 3 April 2017 (Isnin) telah berlangsungnya perasmian Highly Immersive Programme (H.I.P). Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Highly Immersive Programme atau Program Imersif Tinggi merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di peringkat sekolah.

Objektif program ini ialah :
1. Menanamkan minat dalam kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
2. Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
3. Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid, guru dan komuniti sekolah.
4. Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

Antara paparan yang dapat dikongsi sepanjang majlis berlangsung.

Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian H.I.P dalam Bahasa Inggeris

Guru Besar melancarkan Program H.I.P diiringi oleh Puan Noriza Md Nor selaku Ketua Panitia BI


Persembahan Choral Speaking oleh murid-murid yang dilatih oleh Puan Azura, Puan Parimala dan Puan Azian.

SKTPP Benci DARVIH

Disediakan Oleh :
Grace a/p Danaraj
Norliza binti Ali @ Yasim

No comments:

Post a Comment