Sukacita dimaklumkan semula bahawa murid-murid tahun 4, 5 dan 6 tidak dibenarkan pulang pada setiap hari Rabu sehingga jam 4.00 petang untuk mengikuti kegiatan Kokurikulum. Mohon kepada ibu bapa/penjaga untuk menyediakan kelengkapan dan wang belanja secukupnya untuk anak tuan/puan agar kegiatan ko-kurikulum dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Semasa kegiatan kokurikulum ini pihak kantin ada menyediakan jualan makanan dan minuman kepada murid-murid untuk makan tengah hari. Antara makanan yang dijual adalah seperti berikut :
1. Nasi berlauk ayam (RM2.00)
2. Kuih –muih seperti karipap, donat dan lain-lain.`
3. Aneka bun dan roti
4. Pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Memo pemakluman akan diedarkan hari ini.
No comments:
Post a Comment