Thursday, April 18, 2013

PROGRAM MOTIVASI LAWATAN KERJAYA TAHUN 6, 2013


Rabu, 17 April 2013 – Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi Lawatan Kerjaya Tahun 6 ke Kidzania. Program ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid yang terlibat untuk mengenali dan memahami tentang sesuatu kerjaya yang diminati dan mampu menghasilkan lonjakan motivasi bagi mencipta kejayaan dalam pelajaran.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
  • Memperkenalkan kepada murid-murid kerjaya-kerjaya pilihan yang boleh mereka terokai di Kidzania.
  • Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan sendiri kerjaya yang diminati mereka.
  • Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru. 

Aktiviti melibatkan 80 orang murid tahun 6 yang dipilih berdasarkan keputusan PKSR1 yang cemerlang. Antara guru-guru pengiring ialah Rozimah bt Yaakob, Norhafiza bt. Ismail, Norasmawati bt. Omar, Juli bt. Mahbah, Nor Arzah bt. Hussin, Noriza bt Md Nor, Zuraini bt Ismail dan Zainur Jimah bt Abdullah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program.








20130417_145904.jpg

No comments:

Post a Comment