Hari : Isnin
Tarikh : 22 April 2013
Masa : 7.30 pagi hingga 8.15 pagi
Tarikh : 22 April 2013
Masa : 7.30 pagi hingga 8.15 pagi
GURU
BERTUGAS:
1)
Encik
Ismarizal bin Ismail
2)
Puan
Astina binti Mahat Nor
3)
Cik
Nor Shuhada binti Mohd Noor
4)
Puan
Azlina binti Mat Isa
5)
Puan
Kwa Jin Nee
6)
Norhafiza
binti Ismail
7)
Puan
Zuraini binti Ismail
8)
Puan
Noranismawati binti Mohd Fauzi
LAPORAN:
1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.
1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Selangor, dan Lagu Sekolah
1.2 Bacaan Doa oleh pengawas, Iman Firas bin
Zulhazmi (6 Tiung)
1. 3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan
Jalan Raya oleh Puan Astina binti Mahat Nor
1. 4 Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi,
Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung)
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Zaleha
binti Ramdan)
2.1 Murid menaiki basikal – dalam kawasan sekolah
murid-murid perlu pimpin atau tuntun basikal sehingga sampai ke tempat letak
basikal begitu juga waktu balik.
2. 2 Waktu rehat – semua murid tidak dibenarkan
naik ke kelas pada waktu rehat kerana ia boleh menganggu sesi pembelajaran
murid-murid lain.
2. 3 Murid sakit – sekiranya murid terasa sakit dari
rumah, beritahu ibu bapa agar dibawa ke klinik segera dan tidak perlu hadir ke
sekolah.
3.0 Perkataan
LAWAD Minggu Ini.
3.1 Bahasa Melayu : Galas – pikul (bahu)
3. 2 Bahasa Inggeris : Modest – sederhana
3. 3 Bahasa Arab : riyadoh
- bersukan
4.0 Keceriaan
Kelas Bagi Minggu ke-16
4. 1 PPKI : Tempat pertama – Proaktif
Tempat kedua - Kreatif
Tempat ketiga - Inovatif
4. 2 Tahun 4: Tempat pertama – Wira
Tempat
kedua – Waja
Tempat
ketiga – Exora
4. 3 Tahun 5 : Tempat pertama – Seraya
Tempat kedua – Keruing
Tempat ketiga – Balau
4. 4 Tahun 6 : Tempat pertama – Tiung
Tempat kedua – Merpati
Tempat ketiga – Merak
5.0 Ucapan
Guru Bertugas. (Encik Ismarizal bin Ismail)
Tema : Hidup Berdisiplin
5.1 Murid-murid
perlu patuhi peraturan sekolah, seperti datang awal ke sekolah, berpakain
lengkap, berambut pendek dan kemas. Selain itu, murid-murid juga perlu menumpukan
perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
5.2 Murid-murid
juga perlu berdisiplin untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Terutamannya
berdisiplin dalam menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
6.0 Ucapan
Guru Disiplin ( Encik Shahrizal bin Ya’am)
6.1 Budaya
berpasang-pasangan – Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berpasangan di
sekolah. Hal ini, kerana, terdapat murid yang sanggup membuat tatu atau
mengukir nama di anggota badan.
6.2 Hari
Kokurikulum – Murid-murid tidak dibenarkan pulang ke rumah pada hari Rabu
sehingga selesai aktiviti kokurikulum pada jam 4.00 petang. Murid perlu
memaklumkan hal ini kepada ibu bapa agar dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya seperti menyediakan wang saku yang secukupnya dan pakain yang
sesuai. Murid-murid hendaklah menunaikan solat di surau bagi yang beragama
Islam
7.0 Ucapan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Puan Jamilah binti Arifin)
7.1 Budaya Menabung - Semua
murid, dinasihatkan supaya menanam sikap suka menabung. Tujuan menabung adalah untuk
simpanan di masa hadapan. Ini kerana, pihak sekolah telah bekerjasama dengan
Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional bagi membantu murid-murid menyimpan wang
dan juga memberi peluang untuk membuka akaun baru bagi murid yang belum mempunyai akaun.
Perhimpunan tamat pada jam 8.15
pagi.
Disediakan
oleh : Puan Azlina binti Mat Isa dan Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
No comments:
Post a Comment