Friday, April 19, 2013

Kem Bestari Solat Murid Tahun 1

Dalam pelaksanaan program j-QAF, salah satu komponennya ialah Kem Bestari Solat (KBS).  Setiap murid perlu menghadiri KBS ini sebanyak empat kali setahun.  Jadual pelaksanaan KBS setahun telahpun disusun oleh Panitia j-QAF dan esok 20 April 2013 (Sabtu) tibalah giliran murid Tahun 1.  Berdasarkan enrolmen semasa, jumlah murid yang bakal terlibat dengan kem ini ialah seramai 323 orang.  Memo pemakluman telahpun diedarkan kepada semua murid melalui buku komunikasi masing-masing.  Menurut jadual, tarikh asal adalah pada 11 Mei 2013, namun demikian memandangkan pada tarikh tersebut sekolah telah dipilih oleh Kementerian untuk menjadi host Leapfrog VLE Carnival Programme maka tarikh KBS ini terpaksa dipercepatkan. 

Mulai KBS pada kali ini, murid-murid akan bersurai setelah mereka solat Dzohor berjemaah.  Dengan ini juga pihak sekolah mengalu-alukan penglibatan ibubapa untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar.  Kepada mereka yang berminat, sila hubungi 0196752004 (Waktu pejabat) dan 0133535698 (Pn Rosmaria bt Idris) untuk mendaftar.  Pengisian KBS pada minggu ini ialah Teori dan Amali Wudhu'.




No comments:

Post a Comment