Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Objektif
- Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
- Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
- Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam Tahun Satu
Tentatif Pelaksanaan
LDK1-Tayangan video wuduk dan solat
LDK2-Penerangan Anggota, niat dan cara berwuduk
LDK3-Amali wuduk
LDK4-Niat Solat dan bacaan solat
Buat julung-julung kalinya,murid-murid tahun 1 telah menunaikan solat zohor berjemaah. Ini bertujuan untuk melatih murid-murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna pada masa akan datang.
Berikut gambar-gambar kenangan KBS tahun1
okEY mURID-murid beratur sini. |
Taklimat Ringkas dari Ketua Program |
'mARI saya betulkan telekung awak" |
Guru Besar membetulkan cara ruku'
Murid bersama-sama mengaminkan doa
Akhir kalam...terima kasih daun keladi, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, sepanjang berlangsungnya KBS bagi tahun 1..
bUNgA kEMboJA pUTIH BeRSeri
pUtihnYa MelUR DiUjung DaHan
Atas KeRJasamA dAN bANtUAN yANg dibeRI
pUJi SYukuR DAN tErImA KaSIh kaMI UcaPkan
Kalau MeNjEmuR pApAN pANJANG
bAiK dISuSUN tEgAK bERdiRI
kAlAULah Ada uMur PanJang
Insya-Allah KiTa BeRTeMU laGi
Di sediakan oleh:
Ummi Harithah Binti Mohd Baharuddin
No comments:
Post a Comment