Friday, April 19, 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6 FASA 1 2013


Pada hari Khamis malam Jumaat 18 haribulan April 2013 masihi (bersamaan 7 Jamadilawal 1434 Hijrah), majlis solat hajat dan bacaan Yaasin fasa 1 telah diadakan di SKTPP sempena UPSR tahun 2013 ini.  Majlis ini berjalan dengan jayanya dan seramai  275 orang peserta yang terdiri daripada guru,  ibubapa dan pelajar  telah menghadirkan diri pada majlis tersebut. Majlis ini telah bermula seawal jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, solat Isyak dan solat Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Rashidi bin Ab Hamid, Imam Masjid As-Salam, Puchong Perdana. .Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibubapa dan calon UPSR 2013.  Ceramah itu turut disampaikan oleh beliau.

Objektif Program
1)  Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
2)  Murid dapat mengetahui keperluaan sebagai seorang hamba Allah untuk
     memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
3)  Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika           
     menghadapi peperiksaan.
4)  Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.

Laporan Bergambar


Bacaan Yasin oleh ibubapa,murid tahun 6 dan guru



Hadirin muslimah khusyuk membaca Yaasin 



peserta menghayati sesi ceramah selepas solat hajat



ceramah yang disampaikan oleh imam Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Ustaz Muhammad Rashidi bin Ab Hamid



Tuan Guru Besar En Sukimin b.Juki turut hadir bersama dalam majlis ini

Semoga program ini dapat keberkatan dari Ilahi dan boleh membuka hati pelajar untuk lebih rajin berusaha di samping dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, anak-anak dan guru-guru. 

No comments:

Post a Comment