Hari
: Isnin
Tarikh : 22 April 2013
Masa : 6.10 petang hingga 6.40 petang
Masa : 6.10 petang hingga 6.40 petang
GURU BERTUGAS:
- Encik Rusydan bin Ismail
- Puan Ainul Balkhish bt Mohd Aris
- Puan Nor Shabariah bt.Awang Ngah
- Puan Saadiah bt Busrah
- Puan Norazah bt Mohd Ali
- Puan Nor Azian bt Ahmad
- Cik Ummi Harithah bt Mohd Baharuddin
LAPORAN:
1.0 Nyanyian,
Bacaan Doa, dan Ikrar.
1.1 Nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah
1.2
Bacaan Doa oleh pengawas, Ashraff Aqashah
(3 Zeta)
1. 3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan
Raya oleh Puan Salmi bt. Adnan
1. 4
Ikrar Murid oleh pengawas,Alya Fariha bt Azairry
2.0 Laporan Guru
Bertugas Minggu Lepas ( Puan Grace a/p )
2.1 Kipas dan lampu – masih ada beberapa buah
kelas yang tidak menutup lampu dan kipas semasa rehat dan ketika keluar ke
bilik-bilik khas.
2. 2 Waktu rehat – murid-murid diingatkan supaya
meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah
disediakan.Plastik makanan dan juga air kotak juga perlu dibuang ke dalam tong
sampah dan tidak dibiarkan bersepah di lantai serta diatas meja makan.
3.0 Perkataan LAWAD Minggu Ini.
3.1 Bahasa Melayu : dodoi – lagu yang didendangkan
untuk tidurkan anak/bayi
3. 2 Bahasa Inggeris : bathroom – bilik mandi
3.
3 Bahasa Arab :
misbahun - lampu
4.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-16
4. 1 Tahun 1: Tempat pertama – Hematology
Tempat kedua –
Anestesiology
Tempat ketiga –
Respiratory
4. 3 Tahun 2: Tempat pertama – Marikh
Tempat kedua –
Zuhrah
Tempat ketiga –
Musytari
4. 4 Tahun 3: Tempat pertama –
Alfa
Tempat kedua –
Zeta
Tempat ketiga –
Delta
5.0 Ucapan Guru Bertugas. (Pn. Salmi Adnan)
Tema
: Kebersihan diri
5.1
Kebersihan adalah sangat penting dalam
kehidupan kita.Di dalam ajaran agama Islam, kebersihan adalah separuh daripada
iman. Agama-agama yang lain juga sangat mementingkan amalan kebersihan diri.
5.2
Kebersihan juga menjamin
keselamatan.Sekiranya badan kita bersih, maka penyakit-penyakit yang berjangkit
dapat dihindari,
6.0 Ucapan Guru Praktikum ( Puan Nor Adawiyah bt.
Ismail)
6.1
Pn. Nor Adawiyah bt Ismail berucap wakil guru-guru praktikum sesi
petang sempena minggu terakhir mereka di sekolah ini.
6.2
Pn. Nor Adawiyah mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Penolong-penolong
Kanan, guru-guru serta murid-murid yang telah membantu serta memberikan
kerjasama yang sangat baik sepanjang mereka berada di sekolah ini.
7.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang ( Encik
Rosdin B,. Ibrahim)
7.1 Kem Bestari Solat - Syabas dan Tahniah
diucapkan kepada muri-murid tahun 1 yang telah menghadiri Kem Bestari Solat
pada 13/4/13 yang lepas.
7.2 Guru praktikum – Terima kasih kepada
guru-guru praktikum yang telah membantu dan menyumbangkan tenaga untuk sekolah
ini.
7.3 Disiplin murid – Disiplin murid-murid
masih rendah.Masih ada kes buli, bercakap bohong serta munuduh kawan.
7.4 Waktu Rehat – Waktu rehat adalah masa
murid-murid makan dan kemaskan diri(pergi ke tandas).Ramai murid bermain pada
waktu rehat sehingga berpeluh-peluh.
Perhimpunan tamat pada
jam 6.40 petang
Penyampaian Kebersihan Dan Keceriaan Kelas |
Ucapan wakil Guru-Guru Praktikum |
Barisan Guru-Guru Bertugas |
No comments:
Post a Comment