Tuesday, April 9, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-14 (SESI PETANG)

HARI : Isnin
TARIKH : 8 April 2013
MASA : 6.10 - 6.40 Petang

GURU BERTUGAS:

1) Pn. Jumilah bt. Ahmad
2) Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
3) Pn.Rashidah bt. Mahmad
4) Pn. Arzah bt. Hussin
5) Pn. Suhaizan bt. Sukiman
6) Pn. W. Rosmawati bt. W. Ibrahim
7) Cik Siti Husniah bt. Samakun

LAPORAN:

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.
      1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah
      1.2 Bacaan Doa oleh pengawas, Asyraf Aqasha b. Mohd Fadzir. (3 Zeta)
      1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Rashidah bt. Mahmad.
      1.4 Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang, Alya Fariha bt. Azairy. (3 Sigma)

2.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini.
     2.1 Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
     2.2 Menasihati semua murid agar berjumpa guru bertugas sekiranya ada sebarang masalah.

3.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Pn. Noor Hafizan)
     3.1 Murid di ingatkan supaya tidak bermain di kawasan tempat letak kereta semasa rehat.
     3.2 Murid di nasihati supaya menjaga kebersihan kelas.
     3.3 Murid di nasihati supaya menulis nama pada kasut untuk mengelakkan kejadian kehilangan kasut.

4.0 Perkataan LAWAD Minggu Ini.
      4.1 Bahasa Melayu : Elus - Usap
      4.2 Bahasa Inggeris : Near - Berhampiran
      4.3 Bahasa Arab La (لا) : Tidak

5.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-13.
     5.1 Tahun 1: (1) Hematologi     (2) Surgeri      (3) Respiratori
             
     5.2 Tahun 2: (1) Marikh           (2) Zuhrah      (3) Zuhal
                       
     5.3 Tahun 3: (1) Delta              (2) Alfa          (3)Theta
                         
6.0 Ucapan Guru Disiplin Petang. (Pn. Arny Yusnita)
      6.1 Murid di peringatkan semula tentang pakaian dan kekemasan rambut bagi murid lelaki dan
            perempuan.
      6.2 Murid yang datang dan pulang dengan ibu bapa atau van di peringatkan supaya lalu di laluan 
            pagar B bukan pagar A untuk mengelakkan kemalangan. 

7.0 Ucapan Penolong Kanan Petang. ( En. Rosdin b. Ibrahim)
      7.1 Murid tahun 2 dan 3 ramai yang tidak hadir semasa Kem Bestari Solat pada minggu lepas dan di 
            nasihati supaya memberi surat tunjuk sebab jika tidak hadir Kem Bestari Solat akan datang.
      7.2 Bagi murid tahun 3 yang tidak pulang selepas kegiatan ko-kurikulum, di nasihati supaya berada di 
            kawasan sekolah sahaja dan tidak di benarkan duduk di luar kawasan sekolah.

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.


Disediakan Oleh:
Cik Siti Husniah bt. Samakun.

No comments:

Post a Comment