Friday, April 26, 2013

PROGRAM TEKAD MEMBENTUK MATLAMAT (FASA 1)


Pada 25 April 2013 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Pengawas telah menganjurkan Program Tekad Membentuk Matlamat (Fasa 1) bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Objektif program ini diadakan ialah :
  • Memberi kesedaran kepada murid supaya berusaha mengubah sikap mereka dari negatif kepada positif.
  • Memberi kesedaran kepada murid akan kesan sekiranya gagal mematuhi peraturan sekolah.
  • Membina kefahaman murid akan tujuan mereka hadir ke sekolah iaitu untuk membina sahsiah diri, mendapat sijil akademik dan ko kurikulum secemerlang mungkin dan belajar mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Penceramah yang telah diundang  untuk mengendalikan program ini ialah Encik Khasfulizam Bin Abdullah dari SK Raja Muda, Shah Alam.

Sesi pendaftaran murid

Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir 

Murid membaca ikrar untuk mengubah sikap

Aktiviti 'Peka kepada Arahan'

Simulasi penerapan nilai murni

Semoga ilmu yang diperolehi dari program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid yang terlibat  dalam membentuk sahsiah diri yang lebih baik pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment