LAPORAN "PEPTALK" | |
HARI: | TARIKH: |
ISNIN | 15-Apr-13 |
TEMPAT: | MASA: |
DEWAN PERDANA | 8.00-8.30 PAGI |
KELAS YANG TERLIBAT | GURU PELAPOR: |
6 BANGAU & 6 BELATUK | JAMILLULAIL BIN MOHD JUNIT |
Guru besar memulakan sesi dengan memberikan ucapan salam untuk semua | |
pelajar 6 Bangau dan juga 6
Belatuk.
| |
Beliau bertanyakan masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar berkenaan kerana | |
pelajar - pelajar dalam kelas ini antara yang mempunyai keputusan yang tidak | |
memberansangkan selain masalah displin yang dihadapi. Oleh sebab itu | |
beberapa elemen perlu ada dalam aspek diri
pelajar bagi memperbaiki diri .
Antaranya ialah :
|
|
i. Intelektual - Diuji berdasarkan peperiksaan. Oleh sebab itu pelajar perlu | |
membangunkan aspek intelektual dalam setiap diri pelajar kerana ianya | |
merupakan perkara yang diukur bila pelajar melangkah ke alam pekerjaan nanti, | |
contoh peperiksaan UPSR yang bakal diduduki oleh pelajar pada bulan sembilan nanti. | |
II. Sahsiah diri - Merupakan semangat yang lahir dalam diri individu itu sendiri. | |
Melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya walaupun pada dasarnya agak sukar | |
untuk melakukan sesuatu perkara. Sahsiah diri juga dikaitkan dengan displin | |
dalam diri seseorang individu . Displin yang baik akan terbentuk sekiranya | |
pelajar berkenaan mengikut kata serta mendengar arahan dan memberi tumpuan yang | |
sepenuhnya pada apa yang diberikan dan dinasihatkan oleh gurunya. | |
Pelajar yang tidak mempunyai displin maka akan mudah terjebak pada perkara - | |
perkara yang tidak bermoral. | |
Guru besar juga membuat perbandingan kehidupan yang dilalui oleh beliau dan | |
kehidupan yang dialami oleh pelajar - pelajar pada zaman sekarang. | |
Para pelajar pada zaman sekarang harus bersyukur dengan segala nikmat | |
yang telah dinikmati dengan wujudnya pelbagai kemudahan dari segi sukan, | |
penggunaan komputer dan juga aktiviti kokurikulum. Oleh itu pelajar seharusnya | |
merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Para pelajar perlu belajar dan | |
mengulangkaji pelajaran dan mempunyai tempoh 4 bulan sahaja lagi sebelum | |
menduduki peperiksaan UPSR. | |
Beliau juga menasihatkan pelajar agar menjadi seorang yang baik dan sentiasa | |
mengikut peraturan sekolah. Pelajar dinasihatkan agar sentiasa melakukan | |
perkara yang baik dan tidak melakukan perkara yang tidak bermoral seperti | |
mencuri dan merokok. Pelajar hendaklah sentiasa mendengar nasihat ibu dan ayah. | |
dan menanamkan dalam diri bahawa semua guru sentiasa menyayangi murid- muridnya. |
Wednesday, April 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment