Tuesday, April 16, 2013

HARI JALINAN MESRA MURID TAHUN 6

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:


  •  Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program di atas seperti ketetapan yang berikut:


Tarikh : 19 April 2013 (Jumaat)
Masa  : 7.30-9.30 pagi 
Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Tujuan diadakan program ini adalah untuk mendedahkan kepada ibu bapa/penjaga mengenai prestasi anak-anak di tahun 6. Slip keputusan peperiksaan murid akan diserahkan kepada ibu bapa. Di kesempatan ini bolehlah ibu bapa berbincang dengan guru-guru mengenai permasalahan anak masing-masing jika perlu.

Kerjasama tuan/puan untuk datang pada masa yang ditetapkan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,
Pn Norasmawati bt Omar
Penyelaras Program Tahun 6




No comments:

Post a Comment