Monday, April 1, 2013

Program Motivasi Lawatan Kerjaya Tahun 6

Makluman kepada ibu bapa/penjaga yang terlibat bahawa program lawatan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 April 2013 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Kidzania, Kuala Lumpur
Sasaran: 80 orang murid Tahun 6 yang terpilih berdasarkan kepada keputusan PKSR 1
Bayaran: RM60
Guru Pengiring: 8 orang
Pengangkutan: Sila sediakan pengangkutan pergi dan balik dari rumah ke sekolah

Objektif Program:

  • Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik
  • Memperkenalkan kepada semua murid berkaitan kerjaya pilihan yang boleh diterokai di Kidzania
  • Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan sendiri kerjaya yang diminati mereka
  • Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.
Surat akan diedarkan kepada murid-murid yang terpilih sahaja.


1 comment: