Monday, April 15, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS BERKELOMPOK

Pada hari Sabtu 13 April 2013, jam 9.00 pagi, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada 2 rombongan yang berasingan iaitu MGB Petaling Perdana dan juga SK Haji Mahmud Chemor, Perak untuk melihat sendiri pengendalian dan pengurusan PBS KSSR yang telah dijalankan  di sekolah ini.

Rombongan yang pertama tiba ialah daripada AJK Pemuafakatan Guru Besar Zon Perkasa 2, MGB Petaling Perdana. Turut sama hadir Guru-guru Besar, PK dan juga wakil daripada 19 buah sekolah, 14 Guru Penyelaras PBS. Rombongan ini dipengerusikan oleh En Imam Maskar bin Sanuji dan naib pengerusi ialah En Ismail bin Supandi. Wakil PPD Petaling Perdana juga turut hadir iaitu Puan Suhaila bt Karnam dari Unit Penilaian dan Peperiksaan.

Penolong Kanan dan guru- guru SK Lubuk Kelubi dari daerah Hulu Langat juga turut hadir. Kehadiran 2 orang Pengetua iaitu En Shaharuddin b Mohd Daud daripada SMK Trolak, Sungkai dan En Osman bin Mohamad Bahari daripada SMK Buyong Adil, Tapah juga dialu-alukan.

Rombongan yang kedua tiba pula ialah daripada SK Haji Mahmud, Chemor, Perak seramai 30 orang termasuk Guru Besar, En Mohammad Rosli bin Jaafar dan Penolong-penolong Kanan. 

Taklimat PBS tersebut telah disampaikan oleh PK 1 , Puan Siti Habsah bt Ahmad dan juga Guru Besar, En Sukimin b Juki. Banyak perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Semua peserta rombongan yang datang amat berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS yang diberikan. Majlis bersurai pada pukul 2.00 ptg.

Ini adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:

Ketibaan para rombongan MGB Petaling Perdana


Suasana di Bilik Mesyuarat SKTPP

CD PBS-KSSR disediakan oleh SKTPP

Pn Siti Habsah bt Ahmad sedang memberikan penerangan. 

Taklimat PBS disampaikan oleh Pn. Siti Habsah (PK) dan En. Sukimin (GB)

En Sukimin bin Juki menerima cendaramata daripada pihak rombongan


Sijil Jaringan dan Jalinan disampaikan oleh En Ismail bin Supandi.

Wakil PPD Petaling Perdana, Pn Suhaila bt Karnam.

Jualan CD PBS yang dikendalikan oleh  Pn Salina bt Mhd Tasu.

Penerimaan cendaramata daripada wakil SK Sg Lui.


Suasana di Bilik KSSR.

En Sukimin b Juki bergambar kenangan dengan Pengetua SMK Trolak, Sungkai, En Shaharuddin bin Mohd Daud yang juga merupakan rakan sekuliah sewaktu di UPM dulu

Pengetua dari Batang padang En. Shaharudin dan En. Osman sedang diberi penerangaan oleh Pn Suzelawati.

Rombongan kedua daripada SK Hj Mahmud, Chemor, Perak.

GB SK Hj Mahmud sedang memberi ucapan penghargaan

Suasana di Bilik KSSR.

Pn Nazahiyah dan Pn Suriati sedang memberikan penerangan

En Sukimin bin Juki menerima cenderamata daripada GB  SK Hj Mahmud, En Mohammad Rosli bin Jaafar.

Bergambar kenangan bersama SK Haji Mahmud, Chemor



No comments:

Post a Comment