Pengenalan
Kem Bestari Solat adalah program kokurikulum yang dirangka secara khusus bertujuan pembestarian solat untuk semua murid program j-QAF. Ia adalah salah satu modul di dalam komponen modul-modul program j-QAF.
Objektif
- Murid dapat mengetahui cara berwuduk.
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
- Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
Berikut beberapa gambar sepanjang program berlangsung ;
Sesi pendaftaran bersama Puan Norazah |
a
Murid-murid berkumpul di dewan selepas pendaftaran |
Alhamdulilah, semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Murid-murid pulang pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih daun keladi, kepada semua guru-guru yang terlibat dalam KBS fasa 1.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjugan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Semoga kita bertemu lagi pada KBS akan datang.
Disediakan oleh Ummi Harithah Mohd Baharuddin
No comments:
Post a Comment