... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, April 24, 2013

PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEPANG 2103: JOHAN DAERAH

Pada hari ini 24 April 2013 bertempat di SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi telah diadakan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang Sepang 2013. Pemidato dari sekolah kita iaitu adik Anis Zarith Sofia bt Zam Azizol dari kelas 6 Tiung telah menjadi johan bagi kategori sekolah rendah setelah menewaskan 14 orang peserta yang lain. Adik Anis Zarith Sofia menyampaikan pidato bertajuk Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Anis Zarith Sofia dibimbing oleh Puan Mazzaini bt Muda dan Puan Noor Azila bt Ngah.Tempat kedua dimenangi oleh peserta tuan rumah iaitu SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi, manakala tempat ketiga disandang oleh pemidato dari SK Sungai Merab.

Berikut disenaraikan tajuk bagi pidato bahagian pertama iaitu hafalan:
1. Perpaduan Teras Kemajuan Negara
2. Rukun Negara Teras Kesejahteraan
3. Nilai Murni Penyuluh Hidup
4. Akhlak Berkualiti Pembentuk Sahsiah
5. Disiplin Asas Kecemerlangan Diri
6. Rakyat Sihat Negara Maju



Bagi bahagian kedua iaitu spontan, pemidato diberi masa selama seminit tanpa pena dan kertas untuk membuat persediaan. Adik Anis Zarith Sofia sangat petah dan mampu menarik perhatian hakim. Anis Zarith Sofia berpidato atas tajuk Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang.

Berikut disenaraikan tajuk bahagian kedua iaitu spontan:
1.  Cara-cara menyayangi sekolah
2.   Faedah komputer
3.   Faedah membaca surat khabar
4.   Faedah amalan bergotong-royong
5.   Faedah berkebun
6.   Cara-cara menjaga kebersihan sekolah
7.   Faedah menjaga keceriaan sekolah
8.   Cara-cara menjadi murid cemerlang
9.   Cara-cara menjaga alam sekitar
10. Faedah menabung
11. Faedah kitar semula
12. Faedah bersukan
13. Cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya
14. Cara-cara selamat menunggang basikal
15. Cara-cara menghormati guru

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi. Anis Zarith Sofia memperoleh sekeping sijil dan sebuah piala. Anis akan mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada 27 Jun 2013 di Kuala Selangor.


Pidato yang kedua - Cara-cara menjadi murid yang cemerlang

Tahniah diucapkan kepada Anis Zarith Sofia bt Zam Azizol yang juga merupakan ketua murid SK Taman Putra Perdana. Diharapkan kejayaan ini menjadi pendorong dan mampu menyuntik semangat kepada semua murid pada masa-masa akan datang.

Laporan disediakan oleh,
Puan Mazzaini bt Muda,
Guru Pengiring/Jurulatih Pidato Bahasa Melayu.
SK Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment