Friday, April 12, 2013

Kelas Halaqah Asas Tarannum Al-Quran 2013

            Jumaat, 1 Jamadil Akhir 1434 Hijriah bersamaan 12 April 2013 Masihi- Alhamdulillah Kelas Halaqah Asas Tarannum Al-Quran 2013 telah berjalan dengan lancar  dan telah memasuki minggu yang keempat. Program ini telah  bermula sejak 15 Mac 2013 dan akan dijalankan secara berterusan pada setiap hari jumaat sehingga 25 Mei 2013 selama 1 jam bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Penyertaan bagi program ini adalah terdiri daripada  murid-murid tahun 4,5,dan 6 yang berminat menyertainya. Alhamdulillah setakat ini, seramai 30 orang murid telah mendaftar bagi menghadiri kelas tersebut.

Antara objektif kelas ini dijalankan adalah untuk memperbaiki mutu bacaan dan hafazan surah murid-murid, mempertingkatkan ilmu tajwid dan tarannum, membentuk  jati diri muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa serta menjadikan bacaan al-Qur'an sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian. Diharapkan semua objektif yang telah digariskan ini dapat dicapai dengan jayanya dan menarik lebih ramai lagi murid-murid untuk menyertainya.
Ustaz Ridzuan memulakan sesi pembelajaran 

Sebilangan peserta daripada kalangan murid perempuan

Sesi penerangan dan soal jawab

Murid-murid khusyuk mendengar teori yang disampaikan
 
Disediakan oleh :
NURUL AIFAA BINTI SAHARUDDIN

No comments:

Post a Comment