Tuesday, July 9, 2013

BENGKEL KUASA MINDA BAWAH SEDAR & PENGURUSAN SIKAP

Bengkel Kuasa Minda Bawah Sedar & Pengurusan Sikap merupakan salah satu slot dalam Kursus Pemantapan Kendiri. Bengkel ini di jalankan pada 7 Julai, bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Ianya dijalankan sejurus selesai Taklimat Kewangan dan Taklimat Minit Mesyuarat Berkualiti.


Pendahuluan
Bengkel Kuasa Minda Bawah Sedar & Pengurusan Sikap merupakan bengkel yang disusun khas untuk kakitangan kerajaan/swasta/badan bukan kerajaan bagi memantapkan ilmu pengetahuan menggunakan teknik NLP (Neuro Linguistic Programming) dan minda separa sedar dalam pengurusan tinkah laku dan sikap di tempat kerja. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teknik-teknik psikologi bagi mengawal emosi dan tingkah laku.

Matlamat
Matlamat program ini dijalankan ialah:-
  • Memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan konsep minda sedar dan minda bawah sedar dan ciri-ciri mereka.
  • Mendedahkan guru kepada cara menetapkan matlamat menggunakan kaedah NLP.
  • Memberi pendedahan kepada guru tentang saranan di bawah sedar (subliminal suggestion) dan pengurusan sikap pelajar.
  • Memberi pendedahan kepada guru kepada teknik EFT (Emotional Freedom Technique) dan Anchoring (teknik NLP) dalam mengawal emosi diri sendiri dan orang lain.
Berikut antara rentetan perjalanan program yang telah dijalankan.


En. Zamzuri B. Abdullah (Penceramah jemputan) sedang memberikan penerangan
Uji minda

Penyelesaian uji minda


 





















No comments:

Post a Comment