... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 31, 2013

KARNIVAL CYCLOTHON 'JOM BERBASIKAL' SKTPP 2013

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan  Karnival Cyclothon berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh   : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Matlamat Karnival Cyclothon diadakan bertujuan :

  • Menambah dana PIBG bagi melaksanakan program pendidikan dan kemudahan infrastruktur sekolah.
  • Memberi rasa lebih bertanggungjawab di kalangan pelajar bagi meneruskan kecemerlangan akademik dan Kokurikulum SKTPP
  • Kesedaran gaya hidup sihat di kalangan warga SKTPP
  • Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta pelajar SKTPP
  • Melahirkan semangat kerjasama antara semua warga SKTPP
  • Menyediakan kemudahan ICT yang terbaik untuk kegunaan warga sekolah
  • Menaiktaraf kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Oleh itu, satu kutipan sumbangan akan diadakan sebelum karnival berlangsung menggunakan kad kutipan khas yang telah disediakan. Semoga karnival ini dapat berjalan lancar dengan kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak demi merealisasikan matlamat di atas.


Disediakan oleh : Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
                            Setiausaha PIBG sesi 2013





No comments:

Post a Comment