Wednesday, July 3, 2013

PELANCARAN PROGRAM ANAKKU SAYANG 2013 (SESI PETANG)

PELANCARAN PROGRAM ANAKKU SAYANG 2013 (SESI PETANG)                   

Program Anakku Sayang 2013 adalah satu program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dengan kerjasama Unit Linus SKTPP. Program ini akan berlansung sepanjang bulan Julai dan Ogos 2013.  Program ini melilbatkan semua guru sesi petang sebagai mentor dan murid linus tahun 1,2 dan 3 sebagai mentee. Antara objektif yang disasarkan adalah untuk:

  1. Membantu murid linus menguasai kemahiran yang belum dikuasai
  2. Membantu mengurangkan bilangan murid yang masih tidak menguasai literasi dan numerasi di sekolah
  3. Memberi bimbingan ekslusif kepada murid-murid linus.
  4. Melibatkan guru secara aktif dalam memberi bimbingan kepada murid linus
  5. Memupuk semangat dan kerjasama dalam kalangan guru dan juga murid
Satu taklimat ringkas berkaitan perlaksanaan program dan cara penggunaan modul yang dibekalkan oleh PPD  Sepang telah disampaikan oleh Pn. Azizah Bt AB Hamid kepada semua guru-sesi petang. Sejurus itu sesi penyerahan modul kepada wakil guru (mentor) telah dilakukan sebagai sombolik kepada pelancaran Program Anakku Sayang yang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Petang, En. Rosdin Bin Ibrahim. 

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Program Anakku Sayang

2013

Taklimat disampaikan oleh Pn. Azizah Ab Hamid

Modul yang akan diguna pakai

Ucapan perasmian dan penyerahan modul kepada wakil guru
 




Guru tekun mendengar taklimat perlaksanaan


No comments:

Post a Comment