... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, July 2, 2013

Kem Bestari Solat PPKI Fasa 1

PPKI SKTPP telah menganjurkan satu Kem Bestari Solat pada 22 Jun 2013 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Sasaran murid-murid PPKI yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu seramai 11 orang. Walau bagaimanapun, hanya 8 orang murid yang hadir pada hari tersebut. Objektif umum kem ini adalah supaya murid-murid dapat mempelajari cara berwudhuk dengan betul dan dapat memperbaiki secara langsung kesilapan-kesilapan dalam amalinya dengan bimbingan fasilitator.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang kem tersebut berjalan:

Sesi dimulakan dengan tayangan video berkaitan rukun wudhuk

Aktiviti pertama ialah menunjukkan cara berwudhuk dengan betul menggunakan bedak. Tujuannya adalah bagi menunjukkan dengan jelas kawasan anggota wudhuk yang terlibat yang wajib dilalui air.

Murid-murid memulakan aktiviti di bawah bimbingan fasilitator.

Murid perempuan PPKI turut melakukan aktiviti tersebut.

Fasilitator menunjukkan cara yang betul bagi meratakan air ke seluruh anggota wudhuk.
Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak

No comments:

Post a Comment