Monday, July 1, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-24 (SESI PAGI)


Hari      :   Isnin
Tarikh 
  :  1 Julai 2013
Masa   
 :  7.30 pagi hingga 8.30 pagi

GURU BERTUGAS:
1)     Encik Ismarizal bin Ismail
2)     Puan Astina binti Mahat Nor
3)     Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
4)     Puan Azlina binti Mat Isa
5)     Puan Kwa Jin Nee
6)     Norhafiza binti Ismail
7)     Puan Zuraini binti Ismail
8)     Puan Noranismawati binti Mohd Fauzi

LAPORAN:

 1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.

1.1               Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah dipimpin oleh saudari Intan
Zulaikha binti Mustafa.

1.2        Bacaan Doa oleh pengawas, ­­­­­­­­­­­­­Muhamad Syazwan bin Sa’ari (6 Tiung).

1. 3              Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azlina binti Mat Isa.

1. 4       Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi, Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung).




Pasukan unit beruniform Bulan Sabit Merah  menaikkan bendera yang dilatih oleh Puan Azlina

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Nurliza binti Ab Rahman)

2.1               Pergerakan murid ke bilik khas-murid - murid dikehendaki beratur di luar kelas sebelum beredar ke bilik-bilik khas.
           
2. 2             Budaya salam – murid-murid dikehendaki membudayakan memberi salam kepada warga SKTPP ketika bertembung.

2. 3             Waktu rehat tahun 6 – murid-murid dilarang membuat bising semasa turun ke kantin untuk mengelakkan PdP tahun 4 dan 5 tidak terganggu.

2.4        Tidak dibenarkan berada dalam kelas waktu rehat – semua murid mesti turun pada waktu rehat sama ada berada di kantin atau dewan Putra.


3.0   Perkataan LAWAD Minggu Ini.

3.1               Bahasa Melayu : Iktibar – pengajaran, contoh, teladan

3. 2             Bahasa Inggeris : Print – cetak

3. 3       Bahasa Arab     : assaatu wahidah – pukul satu


Murid mencatat maklumat


4.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-16

4. 1       PPKI        : Tempat pertama – Proaktif
                          Tempat kedua - Inovatif          
    Tempat ketiga - Kreatif
  
   
4. 2     Tahun 4      :Tempat pertama – Wira
   Tempat kedua – Iswara           
   Tempat ketiga –  Persona

4. 3       Tahun 5    : Tempat pertama – Seraya
   Tempat kedua – Balau           
   Tempat ketiga – Keruing

4. 4       Tahun 6    : Tempat pertama – Tiung
   Tempat kedua – Helang
   Tempat ketiga – Bangau



Ketua kelas 5 Seraya menerima hadiah kebersihan dan keceriaan kelas

5.0  Ucapan Guru Bertugas. (Puan Azlina binti Mat Isa)

Tema    : Semangat Kesukanan

5.1               Definisi
            Semangat bermaksud  1) Roh yang terdapat dalam makhluk.
                                              2) Kemahuan untuk melakukan sesuatu.

            Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.
           
            Kesukanan bermaksud perihal sukan.

5.2             Faedah , kebaikan, atau manfaat murid-murid mempunyai semangat kesukanan

5.2.1     Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah dan seterusnya dapat  mengelakkan murid-murid terlibat dengan gejala negative seperti melepak, berfoya-foya di tempat yang tidak sepatutnya.
5.2.2         Murid-murid yang menceburkan diri dalam bidang sukan secara serius dapat mengharumkan nama sekolah.
5.2.3         Dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid. Hal demikian kerana, jika murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara tidak lansung ia akan  mempunyai badan yang sihat. 


6.0  Ucapan Guru Disiplin ( Encik Shahrizal bin Ya’am)

6.1        Tatacara guna tangga tahun 4 dan tahun 5 secara berdua-dua – murid lelaki bergerak dahulu dan diikuti murid perempuan.

6.2        Spot Check akan dilakukan pada bila-bila masa – semua murid mesti bersedia dari segi rambut, lencana, kuku dan sentiasa berpakaian lengkap serta kemas.





7.0  Pelancaran Bulan Bahasa peringkat sekolah                     

Program Bulan Bahasa Malaysia ini merupakan satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Malaysia di sekolah ini.  Tema bulan bahasa pada tahun ini adalah ‘ Bahasa Asas Perpaduan’. Objektif program ini diadakan adalah:
i)              untuk menambahkan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Malaysia, 
ii)            untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak
         langsung,
iii)            untuk mengeratkan ikatan silaturrahim, yakni perpaduan dalam kalangan murid,
iv)            memupuk semangat kerjasama sesama murid dan juga guru,
v)             menambah minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 telah  dirasmikan oleh Encik Sukimin B. Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.  Dalam ucapan, beliau menyentuh tentang tema Bulan Bahasa iaitu Bahasa Asas Perpaduan. Sehubungan itu, beliau mengajak warga sekolah untuk menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan sebagai tonggak bangsa kita dan cerminan jati diri kita. Sesungguhnya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk negara kita sebagai satu bangsa.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan dalam Bulan Bahasa:

i)              Pra sekolah             : Tulisan Cantik dan Pantun
ii)             Tahun 1                   : Cari Benda Tersembunyi dan Bercerita
iii)            Tahun 2                   : Mencari Sisip Suku Kata dan Bersajak
iv)            Tahun 3                   : Membentuk Kata dan Bercerita
v)             Tahun 4                   : Ganda Huruf dan Bersajak
vi)            Tahun 5                   : Silang Sinonim dan Bersyair
vii)           Tahun 6                   : Delapan Kekata dan Syarahan
viii)          Tahap 2                  : Forum            

Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran Bulan Bahasa 2013.


Pengerusi majlis perasmian Bulan Bahasa

                                                           Banting sempena Bulan Bahasa




                                                                   Ucapan perasmian Bulan Bahasa oleh Guru Besar

8.0 Pengumuman

8.1        Aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa pada minggu ini iaitu kelab & Persatuan

8.2        Murid yang kehilangan duit sebanyak RM 2.00 boleh berjumpa dengan Puan Azlina binti Mat Isa


9.0 Ucapan Penolong kanan Kurikulum (Puan Siti Habsah Bt. Ahmad)

9.1        Ucapan selamat datang kepada guru-guru latihan PPKI iaitu Muhammad Jakri bin Badin, Aziz Azwan bin Karim, Nur Hidayah binti Taha dan Lousa Rini  anak Maren.

9.2        PKSR 2 akan bermula pada 9 Julai hingga 19 Julai 2013. Semua murid mesti bersedia dan mengulang kaji pelajaran.

9.3        Penggunaan makmal komputer – semua murid mesti mengikut peraturan ketika berada dalam makmal dan mengutamakan kebersihan serta patuh pada arahan guru
            8.3.1     Makmal 1 – 4 Iswara
                        Makmal 3 – 4 Alza


Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

Disediakan oleh : Puan Noranismawati binti Faudzi, Puan Azlina binti Mat Isa dan Puan Roseniza binti Setapa (Laporan Bulan Bahasa)

            

No comments:

Post a Comment