Thursday, July 25, 2013

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran




26 Julai 2013 bersamaan dengan 17 Ramadan 1434 H merupakan hari Kelepasan Am bagi negeri Selangor. Sehubungan itu sekolah akan ditutup esok (Jumaat) dan akan dibuka semula pada hari Isnin, 29 Julai 2013. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Selamat menyambut Nuzul al-Quran.

No comments:

Post a Comment