... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 10, 2013

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR FASA III

Pada hari Sabtu, 6 Julai 2013 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi satu Program Motivasi Kecemerlangan UPSR Fasa III  telah diadakan bertempat di Dewan Perdana,  SK.Taman Putra Perdana untuk para ibu bapa/Penjaga  murid-murid Tahun 6. Manakala untuk murid-murid Tahun 6 pula dilaksanakan di Pusat Sumber sekolah. Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Peningkatan Tahun 6 dan PIBG SKTPP.
     Penceramah jemputan yang telah mengendalikan program  ini  ialah Encik Saiful Anuar bin Haji Basran yang merupakan seorang  guru kaunseling dari SK Telok Panglima Garang  serta mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan kaunseling.
     Program ini bertujuan untuk:
·         Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
·         Mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai sorang anak dan murid bagi membentuk disiplin diri.
·         Memupuk kesedaran dalam kalangan ibu bapa /penjaga untuk mengawasi dan member tumpuan kepada pembelajaran anak-anak.

Seramai 56 orang murid sahaja yang hadir manakala bilangan ibu bapa dan penjaga yang turut hadir adalah  80 orang.

Sepanjang  program ini berlangsung,  murid-murid  telah didedahkan dengan kepentingan menguasai dan menggunakan teknik-teknik pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran seiring arus pemodenan yang berlaku dalam arena pendidikan dewasa ini. Murid-murid kelihatan begitu bersemangat semasa sesi dijalankan. Diharapkan semangat dan kesedaran yang telah disuntik dari program ini akan berkekalan sehingga murid-murid menduduki peperiksaan UPSR kerana  kejayaan mengiringi orang-orang yang berusaha.

Ibu bapa pula didedahkan dengan peranan dan  tanggungjawab  untuk  memantau kegiatan anak-anak di rumah  serta memberi  sokongan moral agar anak-anak lebih fokus ke arah  mencapai kecemerlangan .
Diharapkan program ini dapat membantu  muri-murid dan  ibu bapa mencari penyelesaian dan melakukan perubahan untuk mencari titik kejayaan dalam kehidupan.



Pendaftaran murid


Ibu bapa yang hadir


Penceramah Jemputan


Taklimat oleh Cikgu Azila


Ucapan ringkas oleh Puan Jamilah (PK HEM)


Taklimat oleh penceramah bersama murid


No comments:

Post a Comment