Tuesday, July 9, 2013

DEMONSTRASI FORUM SEMPENA BULAN BAHASA 2013


Tarikh   : 9 Julai 2013 (Selasa)
Masa     : 7.30 hingga 9.30 pagi
Tempat  : Dewan Putra

Tajuk : Budaya Facebook dalam Kalangan Murid 

      Sempena Bulan Bahasa 2013, telah berlangsung satu forum yang bertajuk Budaya Facebook dalam Kalangan Murid. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Ahli panel forum ini terdiri daripada Puan Norli binti Hassan sebagai moderator, Encik Shahrul Baharin bin Baharom, Encik Shahrizal bin Ya'am dan Puan Noor Azila binti Ngah. 

      Forum ini berjaya memberi pendedahan kepada murid tentang format dan pengendalian sesebuah forum. Ini bertujuan menarik minat murid untuk sama-sama merealisasikan sesi forum yang akan dikendalikan oleh murid. Diharapkan program ini menepati objektif dalam melahirkan murid yang berketerampilan dalam melontarkan idea dan pandangan.

Ahli panel yang pertama Encik Shahrul Baharin
mengupas topik forum.
Ahli panel ketiga iaitu Puan Noor Azila binti Ngah mengulas
topik forum dengan penuh bersemangat.
Puan Siti Habsah binti Ahmad selaku Penolong Kanan Kurikulum
menyampaikan cenderahati kepada Encik Shahrul Baharin.
Murid tahun enam mengajukan soalan kepada ahli panel forum.
Murid-murid SKTPP khusyuk mendengar perbincangan ahli panel.
 Murid-murid memberi tepukan kepada ahli-ahli panel.
Disediakan oleh : Puan Azlina binti Mat Isa, Puan Noranismawati binti Mohd Faudzi dan Puan Roseniza binti Setapa.

No comments:

Post a Comment