Friday, July 5, 2013

Program Ziarah

PROGRAM  ZIARAH RUMAH  JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL IKHLAS, PULAU MERANTI , PUCHONG SELANGOR.
ANJURAN  UNIT KO-KURIKULUM SKTPP
 TARIKH  :  3 JULAI 2013  (RABU)
          
              Baru-baru ini pihak sekolah anjuran Unit Ko-kurikulum telah mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Orang  Tua di Pulau Meranti,Puchong. Pusat jagaan ini diuruskan oleh Pn Muji Bt Hj Sulaiman. Terdapat hampir 60 orang-orang tua yang berada disini. Program ini melibatkan seramai 7 orang guru dan 16 orang murid. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai khidmat bakti kepada masyarakat terutama pada golongan orang-orang tua. Disamping dapat merapatkan hubungan sekolah dengan komuniti masyarakat luar. Pihak sekolah juga telah menyampaikan sedikit sumbangan hasil daripada kutipan derma daripada guru-guru dan staf S.K Taman Putra Perdana. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran dan menyemai kasih sayang sesama insan.

Disediakan oleh: Nurzainon Bt Md Razalli

 
 Warga tua yang berada di sini.

 Pn Salmah iaitu ibu kepada Pn Muji Sulaiman(Pengurus Pusat Penjagaan)

 Pelajar-pelajar yang turut terlibat.

 Beramah mesra dengan warga tua

 Murid melayan dan beramah mesra dengan warga tua 

Tetamu istimewa bersama Sofi Jikan 

 Di hadapan pusat penjagaan.

 Sumbangan  daripada pihak sekolah.



No comments:

Post a Comment