Tuesday, July 9, 2013

LAPORAN KLINIK SAINS UPSR 2013

Pada 2 Julai yang lalu, bertempat di Dewan Perdana Sk Taman Putra Perdana satu Klinik Sains telah dijalankan untuk semua murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Aktiviti yang berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari 2.30 -4.30 petang ini telah dianjurkan oleh Unit Peningkatan UPSR dengan kerjasama Panitia Sains sekolah.

Seramai 230/245 orang turut serta dalam program ini dan seramai 4 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang program dilaksanakan.Antara guru yang terlibat ialah:

1. Pn Zuraini bt Ismail ( Ketua Panitia Sains )
2. Pn Zailezah bt Sardi ( Guru sains Tahun 6 )
3. Pn Khoirunajmi bt Harun (Guru sains Tahun 4)
4. Pn Norasmawati bt Omar (Guru sains Tahun 5&6)

Murid-murid di susun mengikut kelas di dewan seawal pukul 2.00 petang selepas selesai solat zohor di Surau SKTPP. Sedikit latihan bahagian A (15 soalan objektif ) diberi pada murid sebelum penceramah tiba. Jawapan dibincangkan selepas 15 minit murid menjawab.

Acara di mulai dengan bacaan doa, bagi memberkati majlis ilmu pada itu.
Pendekatan yang dilaksanakan oleh Penceramah jemputan iaitu Cikgu Johari bin Mohd Sahar ternyata dapat menarik minat murid-murid untuk mendengar dengan tekun. Sedikit humor yang diselitkan semasa sesi penyampaian teknik menjawab soalan bahagian B mampu menjelaskan lagi cara menjawab dengan teknik
yang betul dan untuk mendapat markah yang penuh. Keyword untuk KPS yang telah diberikan mampu memudahkan murid-murid menjawab soalan terutama pada bahagian B.
Sebelum berpisah, beliau turut mengucapkan selamat berjaya pada semua murid SKTPP yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Pihak kami amat berharap semoga sedikit usaha ini dapat membuahkan hasil buat semua anak didik tersayang.






No comments:

Post a Comment