Sunday, July 28, 2013

Frog VLE: Akhirnya Kita Mampu Bangkit Semula!

Pada penghujung Februari 2012, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah dipilih bersama lima buah sekolah lain oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merintis penggunaan Frog VLE.  Tiga buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Selangor dan Kuala Lumpur memikul tanggungjawab tersebut. 

Syukur alhamdulillah berkat usaha bersungguh-sungguh sejak Frog diperkenalkan, akhirnya berlaku peningkatan mendadak bermula dari bulan September (2,360 log masuk) hingga Oktober 2012 (4,140). Namun selepas itu ia semakin merudum dan tiada sebarang petunjuk akan berlaku kebangkitan. Mungkin pertukaran secara mengejut Guru Penyelaras ICT Pn. Rubiaton Ibrahim ke Jabatan Pelajaran Negeri pada Oktober 2012 merupakan antara punca kemerosotan ini.  
Beliau yang merupakan antara tulang belakang program ini selain daripada pasukan fasilitator Frog yang diketuai oleh Pn. Norinna Mohamed. Pihak sekolah terpaksa bermula dari bawah semula apabila segera terpaksa memilih pengganti Guru Penyelaras ICT.  Bukan mudah untuk mengenali dan memahirkan diri dengan pelbagai perkara yang brkaitan dengan ICT di sekolah dalam tempoh yang singkat.

Apabila sekolah dibuka semula, tanda-tanda positif masih belum kelihatan.  Namun atas usaha guru- guru yang tidak mengenal jemu akhirnya mendatangkan hasil apabila pada bulan Mac 2013 peningkatan mendadak sehingga 3,070 log masuk dicatatkan.  Peningkatan berterusan dan merosot semula apabila sekolah bercuti.  Namun pada bulan Julai 2013 berlaku keajaiban apabila bilangan log masuk melonjak 200% dari bilangan terteinggi sebelum ini iaitu dengan 8,130 log masuk.  

Catatan bilangan log masuk ke Frog VLE sejak Ogos 2012:
  1. Ogos 2012 - 601 
  2. September 2012 - 2.36 k
  3. Oktober 2012 - 4.14 k
  4. November 2012  - 1.27 k
  5. Disember 2012  - 478
  6. Januari 2013 - 990
  7. Februari 2013 - 694
  8. Mac 2013 - 3.07 k
  9. April 2013 - 4.06 k
  10. Mei 2013 - 2.25 k
  11. Jun 2013 - 984
  12. Julai 2013 - 8.13 k
Syabas dan terima kasih kepada semua guru, staf, murid, ibubapa terutamanya kepada Penyelaras Frog Pn. Norinna Mohamed, Penyelaras ICT Cik Noor Azlinda Kasmin dan Pn. Arjunawati Ahmad Nuze serta semua fasilitator yang tidak kenal jemu tabah berusaha melaksanakan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025.

Berikut ialah geraf kadar penggunaan Frog VLE yang ambil dari fungsi Analytics aplikasi Frog tersebut.

Lompatan saujana kadar bilangan penggunaan Frog berlaku dalam bulan Julai 2013


Penggunaan harian tertinggi dicatatkan pada hari Khamis, 25 Julai 2013


Kelihatan peningkatan kadar [penggunaan dari minggu ke minggu


Selain itu blog sekolah masih kekal menjadi rujukan ramai

Ini ialah sebahagian daripada kronologi pelaksanaan Frog VLE di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana:

01.03.2012 Latihan Frog VLE kepada Pentadbir di SJK (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur
06.03.2012 Latihan Frog VLE - Pn. Elizabetih & co
16.04.2012 Kursus VLE 1BestariNet - Pn. Hong dan Pn. Tong
15.05.2012 Mesyuarat Bersama Merancang Pelaksanaan Frog VLE
16.06.2012 Penyertaan Murid ke Frog Student Engagement Workshop di Sentul Park
12.07.2012 Kursus Antaramuka Baru Frog VLE - Pn. Yasmin, Cik Azima, Cik Aizat
02.08.2012 Lawatan Support Team FrogAsia
29.08.2012 Penyerahan Id FrogAsia kepada Semua Murid
29.09.2012 Panduan Frog VLE untuk Guru dan Ibubapa
05.10.2012 Pelancaran Frog VLE
05.10.2012 Pelancaran Frog Sesi Petang
13.10.2012 Taklimat Frog VLE kepada Komuniti Putra Perdana
19.10.2012 Taklimat 1BestariNet dan Frog VLE kepada SK Kelulut
19.11.2012 The Buzz on School Champion Conference 2012 di Ritz Carlton, KL

14.01.2013 Bengkel Frog VLE kepada Ketua dan Setiausaha Panitia
21.01.2013 Bengkel Membina Laman Kokurikulum Fasa 1
22.01.2013 Bengkel Membina Laman Kokurikulum Fasa 2
29.01.2013 Bengkel Lanjutan Frog VLE
04.02.2013 Lawatan FrogAsia - Mr. Graham Thorpe & Pn. Tong
15.03.2013 Lawatan FrogAsia - Ms. Arafeh & Cik Azimah
11.05.2013 Karnival 1BestariNet VLE (Roadshow)
07.07.2013 Menjadi Champion School Leaderboard Primary
22.07.2013 Penggunaan Frog VLE melonjak hingga 8,130 log masuk.

....dan kini Frog masih terus melompat, melompat, melompat dan melompat di sekolah kita!
645348

No comments:

Post a Comment