Thursday, July 25, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS DAN ICT DARI INSTITUT AMINUDDIN BAKI



Tarikh: 24 Julai 2013


Hari: Rabu


Masa:1.20 pm - 3.00 pm

Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Ahmad Nahran Bin Haji Ishak dan turut serta seramai orang guru yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran dari sekolah menengah dan sekolah rendah, Guru ICT serta guru-guru.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat ICT dan diikuti dengan taklimat PBS yang disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Encik Sukimin Bin Juki. Perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama semasa sesi taklimat dan sesi soal jawab juga berjalan lancar. Semua peserta lawatan yang datang berpuas hati dengan maklumat yang diberikan. Mereka juga menunjukkan respon yang positif melalui komunikasi dua hala semasa proses taklimat tersebut. Majlis bersurai pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang tempoh lawatan tersebut:


Guru Besar, Encik Sukimin Bin Juki memberi taklimat
Sesi taklimat 
Sesi soal jawab

No comments:

Post a Comment