10 Julai 2013, Pertandingan Sajak Tahun 4 telah dilangsungkan di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana sempena Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2013. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan Pertandingan Pantun Prasekolah. Kedua-dua aktiviti ini bermula pada jam7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Berikut adalah paparan gambar yang sempat dirakam.
| Murid-murid sedang khusyuk menghayati sajak yang dideklamasikan oleh rakan mereka. |
| Juri-juri yang mengadili pertandingan pantun. |
Pelajar prasekolah begitu asyik menonton persembahan.
Pelajar prasekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan membaca pantun.
| Pn.Nurliza selaku juruacara sedang memujuk peserta prasekolah membuat persembahan. |
| Salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan mendeklamasikan sajak. |
No comments:
Post a Comment