Wednesday, July 24, 2013

Laporan Bacaan Yassin untuk Bulan Jun & Julai 2013

Program bacaan Yassin untuk murid-murid Tahun 6 dirancang pada awal Januari yang lalu.Dalam mesyuarat kali pertama memutuskan bahawa pada bulan Februari hingga Mei aktiviti bacaan yassin hanya dijalankan sebulan sekali tetapi bermula Jun hingga September sebelum UPSR bacaan yassin akan dijalankan seminggu sekali pada hari Jumaat. Aktiviti ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Peningkatan UPSR Tahun 6.

Semua murid tahun 6 berkumpul di Dewan Terbuka SKTPP bermula jam 7.40- 8.15 pagi.Setiap minggu pada hari Jumaat,sesi bacaan yassin diketuai oleh Ustaz Ismarizal yang juga selaku penyelaras program bacaan yassin.





Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.

Tarikh:
7,14,21 dan 28 Jun 2013

Sesi Bacaan yassin bermula jam 7.40 hingga 8.15 pagi di Dewan Terbuka.
·         Tazkirah ringkas dari Ustaz Ismarizal mengenai adab-adab semasa membaca yassin. membaca dengan sepenuh hati. Beliau juga menyatakan fadhilat bacaan yassin terutamanya bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan. Ayat dari surah ini mampu mententeramkan hati serta menghilangkan kegusaran dalam fikiran juga dapat memudahkan murid-murid belajar di dalam kelas.

Guru yang turut hadir sama dalam program bacaan yassin.
-Pn Nahdatul Sima – Pn Norsiah – Pn Zailezah – Pn Roseniza
-Pn Asmawati    - Pn Zainur – Pn Aishah – Pn Zuraini
-Pn Maimunah   - Cik Nur Syuhada – Pn Azila

Turut hadir : Pn Siti Habsah bt Ahmad ( Pk Kurikulum)


Tarikh:
5, 12 dan 19  Julai 2013

Sesi Bacaan yassin bermula jam 7.40 hingga 8.15 pagi di Dewan Terbuka.

·         Tazkirah ringkas dari Ustaz Ismarizal kelebihan bacaan yassin iaitu menghilangkan rasa gementar murid-murid untuk menghadapi UPSR serta berdoa agar bacaan yassin ini dapat menambah keberkatan kepada para pelajar memandangkan pada Bulan Ramadhan yang mulia ini, allah swt akan memakbulkan segala hajat-hajat yang kita inginkan.

Guru yang turut hadir sama dalam program bacaan yassin.

-Pn Nahdatul Sima – Pn Norsiah – Pn Zailezah – Pn Roseniza
-Pn Asmawati    - Pn Zainur – Pn Aishah – Pn Zuraini
-Pn Maimunah   - Cik Nur Syuhada – Pn Azila – Pn Juli – Pn fiza

Turut hadir : En Fuadi bin Sarham ( GPK Kokurikulum)

 gambar bagi sesi bacaan yassin akan dimuat naik kemudian...

No comments:

Post a Comment