Saturday, July 20, 2013

Cuti Hari Raya Aidil Fitri 2013







Sebagaimana yang dimaklumi, Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini ialah pada 8 Ogos 2013 (Khamis) sementara cuti sekolah penggal pertama pula akan bermula sehari lebih awal daripada tarikh tersebut iaitu pada 7 Ogos 2013 (Rabu). 

Untuk membolehkan para ibubapa, murid dan guru mempunyai masa yang lebih panjang dan selesa dalam memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk pulang ke kampung halaman, maka sekolah akan mengambil cuti berganti pada tarikh persekolahan pada 5 dan 6 Ogos 2013.  Ini bermakna sekolah akan mula bercuti pada 3 Ogos 2013 (Sabtu) dan naik semula pada 19 Ogos 2013 (Isnin).

Sehubungan itu sekolah ganti akan dibuat pada 7 September 2013 mengikut jadual hari Isnin dan 21 September 2013 mengikut jadual hari Selasa.


SELAMAT BERPUASA
dan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

No comments:

Post a Comment